Penafian

PENAFIAN DAN AMARAN:Terima kasih sudi bertamu.Bahan bacaan dan ilustrasi di dalam blog ini sebahagiannya tidak sesuai dilayari oleh golongan bawah umur. Paparan yang dimuatkan dipetik dan disunting daripada pelbagai sumber termasuklah daripada media arus perdana dan sumber media lain.Bukan tujuan untuk mengaibkan mana-mana pihak, sekadar mengetengahkan kepincangan yang melanda masyarakat untuk dijadikan sempadan dan iktibar.Kemaafan dipinta sekiranya artikal yang dipaparkan tidak dinyatakan sumber atau pemilik asal dan admin tidak bertanggungjawab sekiranya kandungan blog ini mendatangkan kerosakan,kerugian dan kemudaratan kepada sesiapa yang berkunjung dan melayari blog ini.Harap maklum.

Monday 6 October 2014

Sambut Aidil Adha Bersama-sama Madu

KUALA LUMPUR 6 Okt. - Pelakon dan pengarah terkenal, Erma Fatima gembira menyambut Hari Raya Aidiladha buat pertama kali bersama madunya, Aida Abdul.

Menerusi gambar yang dimuat naik Erma di dalam Instagram miliknya, dia mengalu-alukan kedatangan Aida ketika sambutan itu di kediaman ibu kepada suami mereka, Badaruddin Azmi atau Bade Azmi.

"Menyambut raya bersama adik saya yang cantik. Selamat datang ke dalam keluarga kami," kata Erma.

Erma, Bade dan Aida kelihatan gembira menyambut Aidiladha bersama-sama selain turut ditemani ahli keluarga yang lain.

Erma dan Bade bernikah pada 30 November 1990 dan bersama-sama membesarkan lima orang anak.

Pada 27 Mei lalu Bade bernikah sekali lagi dengan Aida di sebuah hotel di Cherating, Pahang. - UTUSAN

No comments:

Post a Comment

Kandungan Blog