KUALA LUMPUR: Seorang lelaki yang sudah membogelkan rakan sekelasnya
membatalkan niat memperkosa mangsa sejurus diberikan ‘tazkirah’
berhubung dosa besar bakal ditanggung.
Dalam kejadian jam 10 malam kelmarin, suspek yang berusia 20-an
sebaliknya meminta maaf, selain membantu mangsa memakai semula jubah
yang sebelum itu ditanggalkan.
Sumber polis berkata, kejadian bermula apabila mangsa tertinggal Mykad
di dalam kereta suspek yang dinaiki sebaik mangsa pulang dari menghadiri
kelas di sebuah kolej swasta di Cheras.
Menurutnya, mangsa yang berusia 23 tahun itu kemudian menghubungi suspek dan meminta Mykad itu dihantar kembali kepadanya.
“Bagaimanapun, mangsa diminta berjumpa di restoran berdekatan untuk mengambil semula Mykad itu sejam kemudian.
“Sebaik berjumpa dengan lelaki itu, suspek memberi alasan Mykad mangsa
tertinggal di dalam bilik hotel. Dia kemudian meminta mangsa mengikutnya
hingga bilik hotel berkenaan,” katanya.
Dia berkata, mangsa bagaimanapun ditolak ke atas katil sebelum cuba diperkosa.
- Harian Metro